MUADZAM SHAH. 08 April 2022 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah pada tahun ini telah melantik dua orang amil zakat fitrah untuk melaksanakan tugasan kutipan zakat fitrah di perkampungan asli.
Tauliah sebagai Amil telah diberikan kepada mereka berdua, ini bermaksud, selain dua orang amil ini yang melakukan kutipan fitrah di perkampungan asli adalah satu kesalahan. Sebaik sahaja selesai menunaikan solat Jumaat pada hari ini di SKJ Buluh Nipis, Amil Hazlan memulakan tugasan mengutip zakat fitrah di Kampung Orang Asli (KOA) Buluh Nipis.
Sesungguhnya mengeluarkan zakat merupakan salah satu rukun Islam yang wajib dilaksanakan oleh semua umat Islam walau dimana mereka berada. Kadar bayaran zakat fitrah di Negeri Pahang bagi tahun ini adalah RM7 seorang, bayaran boleh dilakukan dengan cara bayar terus kepada amil yang sah atau membayarnya secara atas talian.