ROMPIN. 01 Disember 2021 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Rompin terus komited menyantuni Masyarakat Orang Asli di daerah ini dengan menganjurkan Program Ziarah Dan Ramah Mesra kumpulan kecil ke Kampung Orang Asli (KOA) Denai. Sebanyak 80 buah keluarga termasuk keluarga yang memeluk Islam telah diziarahi dalam program kali ini. Program ini turut mendapat kerjasama dari Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Daerah Rompin , Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Rompin, Penyelaras Pembangunan Insaniah Masyarakat Orang Asli (PePIMA) Daerah Rompin, serta PERKIM Daerah Rompin. Diharapkan dengan penganjuran program seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara pihak MUIP Cawangan Daerah Rompin serta agensi-agensi yang terlibat dengan penduduk Islam di KOA ini khususnya, serta keseluruhan penduduk di KOA ini amnya.