ROMPIN. 01 Disember 2021 – Seorang remaja saudara baharu dari suku kaum Jakun yang berasal dari Kampung Orang Asli (KOA) Jemeri telah diberi Taufiq dan Hidayah oleh Allah S.W.T dengan memilih Islam sebagai  agama dan cara hidupnya, dan beliau telah mengucapkan Dua Kalimah Syahadah di Pejabat Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)  Cawangan Daerah Rompin. Beliau juga telah diberi penerangan berkenaan Islam oleh Pegawai Dakwah MUIP Cawangan Daerah Rompin. Semoga Allah S.W.T memberikan Taufiq dan Hidayah-Nya kepada Saudara Baharu ini untuk menghayati, dan mendalami, dan mengamalkan Islam sebagai cara hidupnya, serta mengekalkan beliau dalam Islam sehingga ke akhir hayatnya.