TEMERLOH. 13 Julai 2021 – Agihan bantuan wang tunai kepada mangsa banjir daerah Temerloh bagi Mukim Perak 2 di kampung Tanjung Batu yang tertunda akibat PKP sejak april yang lalu telah di sambung semula dan di agihkan dari rumah ke rumah oleh team Muip cawangan daerah temerloh awal pagi tadi.

Penerima merupakan mangsa banjir yang berpindah di PPS sewaktu banjir melanda dan pihak Muip telah mendapatkan senarai nama mangsa yang terjejas dari Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM). Setiap keluarga mangsa menerima bantuan wang tunai berjumlah Rm 300.00.

Semoga dengan sumbangan keewangan daripada MUIP dapat meringankan beban dan kesedihan buat mangsa mangsa yang terjejas dengan bencana banjir pada januari yang lalu.

#caknaasnaf #muippahang #muiptemerloh #staysafe