MUADZAM SHAH. 13 Julai 2021 – MUADZAM SHAH, 13 JULAI 2021- Sebaik selesai mengiringi KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyantuni 5 rumah di Kampung Rekoh, MUIP Cawangan Muadzam Shah meneruskan lagi santuni 2 buah rumah di KOA Bukit Serok.

Pengurus Cawangan MUIP Muadzam Shah menyerahkan wang tunai dan barangan keperluan memasak kepada Puan Noriah dan Puan Resah yang sakit terlantar dirumah mereka.

Semoga mereka berdua dikurniakan kesembuhan dan diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian sakit seperti ini.