MUADZAM SHAH. 08 April 2021 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Muadzam Shah telah menyampaikan taklimat kepada 37 orang amil zakat fitrah dalam satu perjumpaan yang diadakan di dewan Masjid Felda Keratong 5 pada 8 April 2021 yang lalu.
Dalam sesi taklimat tersebut, antara perkara yang ditekankan adalah hal yang meliputi etika sebagai amil dan SOP yang wajib dipatuhi oleh amil ketika mengutip zakat fitrah di kawasan tauliah masing-masing. Juga dibincangkan beberapa isu dan permasalahan berkaitan kutipan bagi mendapatkan jalan penyelesaian yang terbaik serta sentiasa mematuhi SOP yang ditentukan oleh Jabatan Agama Islam Pahang.
Pada tahun ini, semua amil dibenarkan bertugas bagi membantu masyarakat untuk menunaikan kewajipan berzakat. Selain itu, zakat fitrah juga boleh ditunaikan secara atas talian melalui capaian ezakat.muip.gov.my atau melalui aplikasi pahangGo.
Dengan adanya pelbagai kemudahan membayar zakat fitrah ini, diharapkan agar kewajipan berzakat ini dapat dilaksanakan seberapa segera supaya tiada lagi berlakunya kejadian terlupa menunaikannya atas kesibukan urusan seharian.