ROMPIN. 12 April 2021 – Tiga orang saudara baharu masing-masing dari Kampung Orang Asli (KOA) Kerpal dan Pinang, KOA Batu Lapan dan KOA Jemeri telah diberi hidayah oleh Allah S.W.T dengan memilih Islam sebagai agama dan cara hidup mereka. Dua orang saudara baharu yang berasal dari KOA Kerpal dan Pinang serta KOA Batu Lapan telah melafazkan Dua Kalimah Syahadah di Pejabat MUIP Daerah Rompin manakala seorang lagi saudara baharu yang berasal dari KOA Jemeri telah melafazkan Dua Kalimah Syahadah di Surau KOA Jemeri.
Kesemua saudara baharu ini akan terus dibimbing oleh Guru Briged Dakwah MUIP Daerah Rompin yang dilantik oleh MUIP serta diletakkan dibawah pengawasan bersama Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Rompin, Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) JAKIM Daerah Rompin, serta Penyelaras Pembangunan Insaniah Masyarakat Orang Asli (PePIMA) Daerah Rompin. Semoga Allah S.W.T memberikan Taufiq dan Hidayah-Nya kepada semua saudara baharu ini untuk terus kekal di dalam agama Islam serta diberikan kekuatan untuk mereka mendalami dan menghayati ajaran Islam sehingga ke akhir hayat mereka.