KUANTAN. 17 Mac 2021 – MUIP Cawangan Kuantan telah hadir ke Surau Taman Sri Mahkota Jaya Batu 11, Kuantan bagi melihat dan memantau penyelenggaraan surau tersebut. Kehadiran pihak MUIP telah disantuni oleh salah seorang AJK surau dan beliau memberi penerangan mengenai perkembangan penyelenggaraan yang dijalankan.

Penyelenggaraan surau ini yang merangkumi penggantian karpet yang sudah rosak teruk kepada karpet yang baharu, pemasangan kipas dan lain-lain telah disumbangkan oleh pihak MUIP dengan peruntukan sebanyak RM 33,000.00.

Semoga selepas ini, ia akan memberi keselesaan kepada jemaah bagi mengimarahkan surau. Pihak AJK Surau mengucapkan terima kasih kepada pihak MUIP dan juga kepada pembayar Zakat.