KUANTAN. 17 Mac 2021 – MUIP Cawangan Kuantan telah menziarahi En Asim Bin Angah di Kediamannya di Taman Tengah, Kuantan.

En Asim tidak mampu bekerja kerana mengalami pelbagai penyakit antaranya radang usus, sakit kulit dan paru-paru berair. Beliau mempunyai 7 orang anak dan kesemua mereka masih bersekolah. Tanggungjawap mencari rezeki digalas sepenuhnya oleh isteri beliau yang bekerja di salah satu Tadika di Kuantan. Pendapatan yang diperoleh oleh isteri tidak mencukupi untuk menanggung keluarga.

Prihatin dengan keadaan En Asim sekeluarga, Pihak MUIP telah meluluskan bantuan zakat secara bulanan kepada beliau.