KUANTAN. 23 Februari 2021 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah meluluskan bantuan penyelenggaraan masjid sebanyak RM 25,000.00 kepada pihak pengurusan masjid Sg. Soi, Kuantan bagi membaik pulih pagar masjid.

Pihak MUIP Kuantan telah membuat lawatan tapak bagi melihat pagar masjid yang ingin dibaik pulih. Dalam lawatan tersebut, setiausaha Jawatankuasa masjid ini telah memberi penerangan dan penjelasan berkenaan baik pulih yang akan dijalankan. Menurut beliau, keadaan pagar masjid ketika ini yang usur menyebabkan binatang buas seperti khinzir kerap memasuki kawasan masjid.

Pihak pengurusan masjid mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah menyalurkan bantuan ini.