MUADZAM SHAH. 06 November 2020 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Muadzam Shah telah menyerahkan bantuan modal/peralatan kepada Encik Ahmad bin Hasoo yang tinggal di Kampung Rekoh.
Bantuan zakat tersebut berupa oven, stand mixer, food blender dan food steamer. Kesemua barangan ini untuk kegunaan isteri beliau membuat kuih-muih, seterusnya menjual di sekitar Keratong, yang bertujuan menambahkan lagi pendapatan mereka sekeluarga.