TEMERLOH. 19 November 2020 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang telah menganjurkan Majlis Doa Selamat dan Pemantapan Akidah di Surau al Hidayah bersama penduduk Islam orang asli Sungai Enggang Kuala Gandah Lanchang. Majlis ini di anjurkan bagi mengucap rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah sempurna baikpulih surau tersebut oleh Majlis Ugama Islam Pahang bagi keselesaan penduduk Islam orang asli di sana. Program bermula seawal jam 7.00 malam di mulai dengan solat maghrib secara berjamaah, di ikuti perkongsian Ilmu iman dan Islam yang di sampaikan oleh Al Fadhil Tuan Qadhi Daerah Temerloh iaitu Ustaz Mohd Rizzal bin Mohd Ali Nafiah. Majlis di serikan lagi dengan cabutan nombor bertuah dan Quiz Pemantapan akidah. Usai Solat Isyak, jamaah di raikan dengan jamuan ringan yang disediakan. Majlis berakhir pada jam 9.00 malam yang di hadiri lebihkurang 100 jamaah yang terdiri daripada masyarakat kampung dan tetamu jemputan lain.Turut memeriahkan majlis Pegawai dari Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh, Jakoa Temerloh,Penggerak Jakim, Pepima Temerloh dan Guru Briged Dakwah Muip. Majlis ini berjalan dengan jayanya dan mendapat sambutan yang baik dari masyarakat kampung. Semoga Allah merahmati kita semua.

#DakwahMuip #Asnafzakat #muiptemerloh