BERA. 28 Ogos 2020 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Bera menziarahi dan menyampaikan bantuan bencana kepada 3 keluarga mangsa ribut iaitu En Shamsudin bin Lawi Maalaf dari Kampung Kuala Triang, En Mohd Fadil bin Ismail dari Kampung Seberang Guai dan En Azahar bin Abdullah dari Kampung Bukit Keledang. Kejadian ribut yang berlaku pada 19 Ogos 2020 hari Rabu yang lalu telah mengakibatkan kerosakan di beberapa bahagian bumbung rumah mereka. Walaubagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.