BERA. 31 Ogos 2020 – Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Bera dengan kerjasama Penyelaras Pembangunan Insaniah Masyarakat Orang Asli (PEPIMA) telah menganjurkan Program Ziarah Dakwah Sempena Hari Kemerdekaan di KOA Limbahan, Mahang, Gakuyah & Gegerih Daerah Bera. Antara aktiviti yang telah dilakukan ialah, menziarahi lebih 60 buah keluarga asli serta penyampaian sumbangan hamper berupa barangan keperluan harian. Program ini dilaksanakan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara masyarakat oranga asli dengan MUIP terutama bagi keluarga yang beragama islam.