MUADZAM SHAH. 05 Mac 2020 – Bantuan peralatan gunting rambut wanita telah diberikan kepada Puan Normalina binti Derahim yang bertujuan agar beliau mampu menambah pendapatannya sekeluarga. Dengan adanya kelengkapan ini, beliau yang pernah bekerja di saloon suatu ketika dahulu berhasrat untuk bekerja sebagai tukang gunting rambut wanita secara sepenuh masa.