TEMERLOH. 09 Mac 2020 – Encik Che Mohd Faizul bin Che Mohd Sidek dan Pasangan dari Taman Desa Saujana, Mentakab, Pahang mengucapkan rasa syukur dan ucapan ribuan terima kasih kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang di atas sumbangan bantuan zakat peralatan yang diberikan, katanya sewaktu penyerahan barang bantuan pada pagi Isnin. Antara barang peralatan yang diluluskan kepada beliau adalah berupa barang elektronik dapur seperti Mixer, Blender, Steamer, Mini Chopper dan Ceiling fan yang bernilai RM 2000.00. Penyerahan tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam Muip Cawangan Temerloh iaitu Ustaz Mohd Faitullah bin Sa’adon di kedai peralatan Baisuddin Semoga dengan sumbangan peralatan tersebut dapat membantu beliau menyara hidup mereka sekeluarga dan mudah mudahan dapat keluar dari golongan asnaf fakir miskin.