TEMERLOH. 20 Februari 2020 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Temerloh telah mengadakan Program Jejak Asnaf Siri 2 tahun 2020 bagi Mukim Mentakab 1 awal hari ini. Program ini telah mendapat kerjasama dari Penghulu serta Mpkk Mukim Mentakab 1 dan juga dari Muip Daerah Jerantut. Dalam Program Jejak Asnaf ini, Sebanyak 40 keluarga telah diziarahi yang melibatkan 4 buah kampung antaranya ialah Kampung Tanjong Kerayong, Kampung Desa Bakti, Kampung Gajah Mati dan Kampung Batu Kapor. Tujuan program ini diadakan bertujuan menjejaki asnaf fakir miskin yang tidak berkemampuan dan terlepas daripada menerima bantuan zakat berikutan tiada maklumat yang diperolehi serta cara memohon bantuan zakat. Dalam program ini juga asnaf yang diziarahi turut menerima sumbangan hamper barang asasi bagi membantu meringankan beban sara hidup mereka.