ROMPIN. 15 Februari 2020 – Tadika Pintar Al-Qur’an (TPQ) MUIP Rompin telah menganjurkan sebuah Program Teknik Bacaan Buku Bacalah Anakku kepada para Ibubapa dan penjaga kepada pelajar tadika berkenaan. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para ibubapa dan penjaga tentang kaedah menggunakan buku Bacalah Anakku yang merupakan salah satu dari silibus dalam proses pembelajaran di TPQ MUIP Rompin. Para ibubapa juga turut didedahkan dengan kaedah melakukan gerakan dan bunyi untuk setiap huruf menggunakan kaedah fonik. Program ini bermula pada jam 9.00 Pagi dan berakhir pada jam 11.30 Pagi, dan mencatatkan kehadiran 40 orang ibubapa dan penjaga kepada para pelajar tadika berkenaan. Program ini merupakan salah satu inisiatif TPQ MUIP Rompin ke arah memudahkan, memperkasa, dan memperhebat lagi proses pembelajaran berterusan pelajar Tadika berkenaan, disamping mengeratkan hubungan silaturrahim diantara wargakerja TPQ MUIP Rompin dengan para ibubapa dan penjaga.