KUALA LIPIS. 04 Februari 2020 – Majlis Ugama Islam Pahang cawangan Lipis bersama Pejabat Agama Islam daerah Lipis dan NGO,Daie Belantara telah menganjurkan Program Ziarah Dakwah di perkampungan orang asli Semul,Pos Betau.
Bermula selepas solat Zohor sekitar jam 3.00 petang dan dimulakan dengan aktiviti rewang bersama penduduk kampung orang asli yang di ketuai para urusetia.
Pada sebelah petang,diadakan acara sukenaka dan sepak takraw yang di sertai penduduk kampung tersebut.
Lebih kurang 5 acara yang disediakan pihak penganjur antaranya belon kasih sayang,pancing botol,tiup belon,kutip gula-gula dan bawa bola guna sudu.
Pada jam 6 petang,kesemua acara sukaneka tamat dan di akhiri dengan penyampaian hadiah dan cenderahati kepada batin Kampung Semul.
Penduduk Kampung orang asli Semul gembira dengan kehadiran dan program yang dilaksanakan pihak penganjur,dan berbesar hati menerima program sebegini jika diadakan lagi ziarah dan ramah mesra ke kampung mereka.