ROMPIN. 29 Januari 2020 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Rompin telah menyampaikan bantuan peralatan kepada dua orang asnaf di daerah ini, iaitu Encik Rosdi Bin Isa dan Puan Intan Suhana Binti Abdullah, kedua-duanya dari Kampung Batu 8, dimana En Rosdi telah menerima bantuan berupa peralatan seperti mesin pengadun, oven, dan periuk gas stim bernilai RM 700 keseluruhannya, manakala Puan Intan Suhana menerima sebuah mesin jahit tepi bernilai RM 1800, menjadikan jumlah keseluruhan bantuan yang disampaikan berjumlah RM 2500.
Semoga bantuan yang diterima sedikit sebanyak dapat dimanfaatkan oleh kedua-dua asnaf berkenaan untuk meningkatkan pendapatan mereka demi memenuhi keperluan diri serta tanggungan mereka.