PEKAN. 02 Januari 2020 – Tadika Pintar Al-Quran MUIP Daerah Pekan telah mengadakan Program Motivasi Keibubapaan dan Taklimat Tadika Pintar Al-Quran MUIP Daerah Pekan sesi 2020. Program diadakan di dataran Tadika Pintar Al-Quran MUIP Daerah Pekan dimulai dengan Bicara Santai Ibu-Bapa Cemerlang yang telah disampaikan oleh Ustaz Norhamizi Bin Jamaluddin daripada Jabatan Agama Islam Pahang dan seterusnya diikuti dengan Taklimat Sesi Persekolah Sesi 2020 oleh Guru Besar Tadika Pintar Al-Quran MUIP Daerah Pekan. Pada sesi kali ini telah dirancang program dan aktiviti sepanjang tahun dan ingin mencapai lebih ramai murid akan berjaya Khatam Al-Quran dan Iqra’. Sokongan Ibu-Bapa dan Penjaga juga sangat diharapkan dapat bersama-sama menjayakan perancangan yang telah diatur.