KUANTAN. 28 Disember 2019 – Kuantan – Seramai 15 peserta usahawan asnaf dibawah Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah menyertai program keusahawanan ‘Mentored by Achiever’ yang disampaikan oleh usahawan selebriti, Y.H. Dato’ ND Lala. Program yang berlangsung di Vistana Hotel Kuantan itu mendedahan sedikit sebanyak motivasi dan formula untuk cemerlang dalam bidang perniagaan.

Dato’ Amir Amzah bin Salleh atau lebih dikenali sebagai ND Lala merupakan selebriti yang tidak asing dalam bidang lakonan suatu ketika dulu. Penglibatannya dalam bidang pernigaan juga gah disanjung dengan beberapa anugerah dan pencapaian global sehingga digelar international business coach.

Ternyata ilmu perniagaan yang dikongsi menjadi pendorong semangat para usahawan asnaf untuk lebih aktif berniaga dan memberi kesedaran bahawa pentingnya perniagaan bagi tingkatkan taraf kehidupan. Program seperti ini juga boleh mendedahkan mereka kepada perkongsian tips dan formula perniagaan dari kalangan peserta lain.