PEKAN. 02 Disember 2019 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah menyantuni dan menyampaikan bantuan bencana kepada dua keluarga mangsa ribut di Kampung Permatang Pauh, Pekan. Bantuan disalurkan berbentuk wang ringgit dan sedikit bekalan barangan harian. Hadir bersama Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Permatang Pauh. Diharapkan bantuan ini dapat mengurangkan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh mangsa-mangsa.