PEKAN. 12 Disember 2019 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah mengadakan Taklimat Bantuan Tahunan Menyambut Hari Raya dan E-Purse Asnaf 2020. Seramai 83 orang amil telah menghadiri taklimat yang diadakan bagi menjelaskan proses dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi bagi memudahkan segala urusan berkaitan. Bantuan tahunan ini akan diberikan pada setiap tahun kepada golongan asnaf yang dikenalpasti oleh para amil. Selain daripada itu juga, para amil telah diterangkan juga mengenai E-Purse Asnaf yang akan mula digunapakai oleh penerima bantuan bulanan berbentuk bantuan barangan bagi menggantikan baucer sediada, ianya lebih selamat, tepat, mudah , cepat dan jimat.