MUADZAM SHAH. 16 November 2019 – Bagi meraikan murid-murid yang cemerlang & tamat belajar, Tadika Pintar Al-Quran (TPQ) MUIP Muadzam Shah telah mengadakan satu majlis yang dinamakan Majlis Apresiasi Kecemerlangan tahun 2019. Dalam majlis tersebut, murid-murid telah mempersembahkan lakonan & nyanyian mengikut kelas masing-masing, bertemakan sirah nabawiah.