PEKAN. 17 November 2019 – Tadika Pintar Al-Quran MUIP Daerah Pekan telah mengadakan Majlis Ihtifal Tadika Pintar Al-Quran MUIP Daerah Pekan 2019 bertempat di Dewan Syarahan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang dan dirasmikan oleh Tuan Haji Zulkefli Bin Embong yang merupakan Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Tengku Ampuan Afzan. Seramai 71 orang murid telah berjaya menamatkan sesi 2019 ini dan menyaksikan 10 orang berjaya Khatam Al-Quran dan 20 orang Khatam Iqra’. Beberapa Anugerah juga telah disampaikan kepada murid-murid mengikut kategori iaitu Anugerah As-Syafie, Anugerah Al-Ghazali dan Anugerah Muhammad Al-Fateh. Majlis yang telah berlangsung bermula 08.30 pagi dan berkakhir 12.30 tengahari itu telah mendapat kerjasama yang sepenuhnya daripada Ibu-bapa dan Penjaga yang hadir.