RAUB. 02 Ogos 2019 – Majlis Ugama Islam Pahang Cawangan Daerah Raub telah menjalankan program menjejaki golongan asnaf di Kg Tranum Mukim Tras. Program ini telah mendapat kerjasama daripada Ketua Kampung kawasan tersebut. Sebanyak 4 buah keluarga yang telah dilawati dan turut diberikan sumbangan barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak dan gula. Antara objektif Program Jejak Asnaf ini adalah untuk melihat sendiri keadaan mereka dengan lebih dekat dan juga untuk mempertimbangkan bantuan zakat yang sewajarnya. Diharapkan program yang dijalankan ini mampu membantu meringankan beban yang ditanggung oleh golongan asnaf ini.