PEKAN. 23 Julai 2019 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah menziarahi seorang kanak-kanak yang mengidap penyakit buah pinggang dan usus. Nur Izzati Rawwiah Binti Mohamad Syahrudy 4 tahun tinggal bersama Ibu-bapanya di Taman Melur Kampung Beruas mengidapi masalah ini semenjak daripada lahir dan kini memerlukan rawatan secara berkala bagi memastikannya sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Bantuan yang sesuai akan disalurkan bagi membantunya mendapat rawatan yang diperlukan.