PEKAN. 21 Mei 2019 – bersamaan 16 Ramadhan 1440H. Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Bantuan Tahunan Menyambut Hari Raya Aidilfitri Fakir Miskin Saudara Muslim dan Saudara Baharu Daerah Pekan. Program ini merupakan Program tahunan khusus Saudara Baharu dan saudara muslim Peringkat daerah pekan bersama Yang Dihormat Orang Kaya Indera Pahlawan Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid Bin Wan Hassan, Timbalan Yang DiPertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) merangkap Pendaftar Muallaf Negeri Pahang. Beberapa pengisian telah dijalankan sepanjang program antaranya taklimat keselamatan dan Jenayah dari ibu Pejabat Polis Diraja Pekan, taklimat keselamatan oleh balai Bomba dan Penyelamat, turut diadakan pemutihan dari Jabatan pendaftaran cawangan pekan, kaunter MUIP. Perasmian penutup dirasmikan oleh Yang Dihormat Orang Kaya Indera Pahlawan Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid Bin Wan Hassan, Timbalan Yang DiPertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Dalam ucapan beliau, merakam jutaan terima kasih Kepada semua agensi-agensi terlibat dalam menjayakan program hari ini. beliau menyatakan pada tahun ini agihan bantuan zakat melalui Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu pahang kepada asnaf Muallaf dan fakir miskin saudara muslim daripada kalangan asli dan selain asli pada tahun 2019M bersamaan 1440H Adalah Sebanyak RM 2,042,000.00 (Dua Juta Empat Puluh Dua Ribu Sahaja) Melibatkan 11730 Orang Penerima.Tambah beliau lagi pada hari ini, MUIP menyampaikan Bantuan Kepada Masyarakat Orang Asli dan Selain Asli. Seramai 323 orang bersama tanggungan saudara muslim asli dan selain asli manakala seramai 244 orang daripada kalangan muallaf berserta tanggungan. Peruntukan keseluruhan bagi daerah pekan RM 98,300.00 yang melibatkan 567 Orang Penerima. Mudah-mudahan dengan bantuan yang dihulurkan ini akan dapat meringankan beban kewangan bagi menghadapi hari raya Aidil Fitri nanti. MUIP juga memperuntukan sebanyak RM 50,000.00 kepada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Negeri Pahang untuk dilaksanakan akviti-aktiviti dakwah peringkat PERKIM. Turut diadakan penyerahan raplika cek kepada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Negeri Pahang.Turut hadir Yang Hormat Dato’ Ahmad Hairi bin Haji Hussin, Setiausaha (MUIP) Wakil Pegawai Daerah Pekan, Wakil Pengarah JAKOA Negeri Pahang Pegawai Pegawai Kanan MUIP dan Setiausaha PERKIM Pahang. Sekalung penghargaan kepada semua agensi yang terlibat iaitu Majlis Ugama Islam dan Adat Melayu Pahang Cawangan Pekan, Pejabat Agama Islam Daerah, Pegawai-Pegawai Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Al-Haj Pekan, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Kolej Universiti Islam Sultan Haji Ahmad Shah, Jabatan Kemajuan Orang Asli, Guru Briged Dakwah Daerah Pekan, Penggerak Masyarakat Asli ,Jabatan Agama Islam Pahang dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Semoga Allah memberkati usaha kita semua dalam menyebarkan dakwah dan meninggikan syiar Islam di bumi Pahang khususnya.