PEKAN. 09 Mei 2019 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah menziarahi dan melihat keperluan sekeluarga di Kampung Baru Cenderawasih yang dikatakan terputus bekalan makanan. Turut hadir bersama Pengerusi Majlis Komuniti Kampung (MPKK) Sungai Miang. Hasil siasatan keluarga ini pernah menerima bantuan daripada pentadbiran Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang serta menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) Daerah Pekan. Pentadbiran ini akan melihat dan membantu keperluan semasa pasangan keluarga ini yang turut tinggal bersama mereka ialah dua orang anak perempuan mereka. Sumbangan bekalan makanan dan wang tunai turut diberikan bagi menampung keperluan semasa keluarga ini.