PEKAN. 20 Februari 2019 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah menziarahi dua orang pesakit yang memerlukan bantuan rawatan di Kampung Pulau Jawa dan Kampung Mengkasar. Selain daripada itu juga turut melihat dan meninjau keadaan sebenar permohonan penyelenggaraan rumah. Pentadbiran ini akan mengambil tindakkan sewajarnya sekiranya didapati mereka-mereka ini layak untuk dibantu dibawah peruntukkan zakat. Pendekatan turun padang ini sentiasa dilaksanakan bagi memastikan golongan-golongan yang layak mendapat bantuan diberikan bantuan yang sewajarnya.