MUADZAM SHAH. 18 Januari 2019 – Pihak MUIP menziarahi mangsa bencana kebakaran rumah serta menyampaikan sumbangan zakat (wang tunai) kepada mereka sekeluarga. Beliau yang bertugas sebagai guru di SMK Keratong, sangat-sangat bersyukur kerana ketika kebakaran itu berlaku, tiada kemalangan jiwa yang terjadi. Ini kerana kebiasaannya pada waktu tersebut, seorang anak beliau yang pulang dari sekolah akan berada didalam rumah.