MARAN. 07 Januari 2019 – MUIP Cawangan Maran berkesempatan menziarahi beberapa keluarga di Felcra Sri Makmur hari ini.Lawatan ke beberapa buah rumah di sekitar Felcra Sri Makmur oleh pegawai-pegawai MUIP Cawangan Maran bertujuan menyantuni dan mengenalpasti asnaf yang layak untuk mempertimbangkan bantuan yang sewajarnya.Sebanyak 9 buah rumah diziarahi dan sumbangan hamper barangan dapur turut disampaikan.Turut serta dalam jejak asnaf kali ini ialah Pengerusi Masjid Felcra Sri Makmur.