BERA. 26 Disember 2018 – 26 DAN 27 DISEMBER 2018,BERA-Program Ziarah dan Ramah Mesra anjuran Muip Bera menutup takwim program bagi tahun 2018.
Program terakhir ini diadakan di KOA Putat dan Bapak yang terletak di dalam kawasan Pos Iskandar,Bera.
Bermula pada 26 sehingga 27 Disember,berlangsung selama 2 hari 1 malam dan bekerjasama bersama wakil Muip cawangan Rompin,Muip cawangan Lipis,Muip cawangan Jengka,PPMOA Bera,PMOA Bera serta PAID Bera.
Antara pengisian program adalah ziarah rumah ke rumah penduduk kampung,sukaneka indoor dan outdoor,teka-teki,kuiz serta cabutan bertuah.
Program ini mendapat sambutan baik dari penduduk kampung dan ini merupakan program ziarah dan ramah mesra pertama diadakan di KOA Putat dan Bapak.
Diharapkan program ini dapat di kekalkan dan terus mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk kampung.