PEKAN. 02 Januari 2019 – Tadika Pintar Al-Quran Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Daerah Pekan telah mengadakan Program Motivasi Keibubapaan Dan Suai Kenal Murid Tadika Pintar Al-Quran Sesi 2019. Seramai 71 orang murid telah mendaftarkan diri bagi sesi pembelajaran kali ini, iaitu dua puluh lima (25) berumur enam tahun dan empat puluh enam (46) berumur lima tahun. Majlis telah dumulai dengan Ceramah Motivasi Keibubapaan yang telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Al-Fadhil Ustaz Nor Asfarizam Bin Mohd Anuar daripada Jabatan Agama Islam Pahang yang menyentuh mengenai Kepentingan Pendidikan Agama Diperingkat Awal Pendidikan Anak-Anak, seterusnya taklimat pengurusan oleh Guru Besar dan dialog bersama Ibu-Bapa dan Penjaga. Murid-murid juga telah menjalani simulasi pembelajaran di kelas masing-masing bagi membiasakan suasana baharu terutamanya bagi murid-murid berumur lima tahun. Pihak Tadika Pintar Al-Quran Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Daerah Pekan akan sentiasa berusaha mendidik murid-murid bagi mencapai objektif serta matlamat yang telah ditetapkan.