RAUB. 24 Oktober 2018 – TPQ MUIP Raub telah berpeluang mengadakan lawatan sambil belajar di Pusat Petrosains Kuala Lumpur dan lawatan ke Zoo Negara. Seramai 50 orang peserta terlibat termasuk murid-murid, guru-guru dan ibu bapa. Program lawatan merupakan acara tahunan bagi murid-murid dalam proses pembelajaran di luar kelas disamping mengeratkan lagi ukhuwah antara ibu bapa dan guru-guru. Program lawatan bermula seawal jam 8.00 pagi dengan rombongan 2 buah bas dan selamat tiba ke Daerah Raub pada jam 7.00 malam.