PEKAN. 27 November 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah menyumbangkan sebuah Van Jenazah kepada Badan Khairat Kematian Dan Kebajikan Orang-Orang Islam Daerah Pekan (BAKTI). YDH.Orang Kaya Indera Pahlawan Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid Bin Haji Wan Hassan selaku Timbalan Yang DiPertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sendiri telah menyerahkan van jenazah tersebut dalam satu majlis ringkas yang telah diadakan di Pejabat BAKTI Daerah Pekan. Van Jenazah ini diharapkan akan dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk membantu dan memudahkan urusan fardhu kifayah khususnya di Daerah Pekan.