PEKAN. 11 Oktober 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Pekan telah menyampaikan bantuan barangan perniagaan berupa 1 Unit Kukus 2 Tingkat, 1 Unit Smash Ice Device, Set Piring, Mangkuk, Sudu dan 1 Unit Kuali kepada Encik Abdul Karim Bin Rosli di Kampung Sekukuh. Manakala bantuan perniagaan berupa 1 Unit Kanopi, 4 Set Kerusi dan Meja serta 1 Unit Balang Air telah disampaikan kepada Encik Anuar Bin Mohd Daud di Perumahan Taman Perdana. Bantuan ini diharapkan akan dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh penerima-penerima dalam membantu usaha mereka menambah pendapatan bagi menampung keperluan masing-masing.