TEMERLOH. 27 September 2018 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Temerloh telah menganjurkan Program Penghayatan Qurban bersama saudara baru orang asli daerah Temerloh di Surau Al Hidayah, Kampung Orang Asli Paya Mengkuang. Program ini dianjurkan adalah bertujuan untuk memberi kefahaman kepada saudara baru berkaitan tuntutan qurban yang dianjurkan oleh syariat Islam serta memberi tunjuk ajar berkaitan caran sembelihan yang betul. Program yang bermula sewal jam 8.00 pagi ini di mulakan dengan sesi gotong royong menyediakan bahan bahan untuk memasak, seterusnya diteruskan dengan sesi ceramah berkaitan penghayatan qurban yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Zainuddin bin Zakaria, Timbalan Qadhi Daerah Bentong. Seterusnya upacara sembelihan lembu qurban dan beberapa ekor itik yang di ketuai oleh penceramah program. Semua peserta yang terdiri daripada saudara baru asli turut sama menyaksikan dan membantu proses sembelihan, melapah serta memotong daging lembu untuk dimasak serta di agihkan kepada semua. Majlis berakhir pada jam 2.00 petang. Terima kasik kepada Pejabat Agamai Islam Temerloh, Penggerak dan Pembantu Penggerak Orang Asli Daerah Temerloh kerana turut membantu menjayakan Program Penghayatan Qurban pada tahun ini.