PEKAN. 26 September 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Pekan dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Pekan, Jabatan Kemajuan Orang Asli Daerah Pekan, Penggerak Masyarakat Orang Asli Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Haji Ahmad Shah, Guru Briged Dakwah Daerah Pekan dan Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung Orang Asli Batu Gong telah mengadakan Program Ziarah Dakwah, Pemantapan Aqidah Dan Walimatul Urus pada 26 dan 27 September,2018 bertempat di Perkampungan Orang Asli Batu Gong. Program bermula dengan ziarah rumah ke rumah, acara sukaneka dan malam kebudayaan pada hari pertama dan seterusnya pertandingan mewarna kanak-kanak dan walimatul urus dua belas pasangan pengantin muallaf asli pada hari kedua. Program kali ini juga menyaksikan tiga orang telah menerima hidayah dan melafazkan syahadah pada majlis penutup program yang diadakan. Program ini telah mendapat kerjasama yang sepenuhnya daripada semua pihak dan mendapat sokongan serta sambutan daripada warga penduduk. Program sebegini merupakan pendekatan dakwah yang digunakan bagi menyampaikan gambaran sebenar Islam kepada masyarakat bukan Islam dan juga bagi mengeratkan hubungan dengan semua pihak.