RAUB. 13 September 2018 – MUIP, Cawangan Raub berkesempatan menziarahi 10 keluarga di Kampung Pamah Rawas dan Kampung Peruas Mukim Ulu Dong, Raub. Program Jejak Asnaf ini bertujuan mengenalpasti penduduk kampung di sana yang memerlukan bantuan zakat. Seramai 3 Orang pegawai zakat dan Ketua Kampung, Encik Haji Jamaludin bin Haji Husin bersama-sama menjayakan program tersebut. Turut disampaikan hamper barangan dapur kepada setiap keluarga.