TEMERLOH. 07 Ogos 2018 – Penyerahan bantuan kewangan kepada mangsa ribut di taman sri setia kuala krau Temerloh, teleh disempurnakan serahan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam Muip Temerloh awal petang tadi. Seramai 6 keluarga telah menerima bantuan bencana ini yang mengalami kerosakan rumah yang agak teruk. Bencana ribut ini berlaku pada rabu minggu lepas. Semoga dengan sedikit sumbangan dari Muip dapat meringankan beban keluarga yang terlibat yang mana perlu mengeluarkan kos yang agak besar untuk membaiki rumah yang terjejas ekoran bencana ribut yang menimpa mereka.