RAUB. 25 Julai 2018 – MUIP Cawangan Raub dengan kerjasama JK Kampung Chenua telah berkesempatan menziarahi asnaf di kampung tersebut. Hasil siasatan mendapati kebanyakan asnaf tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya bekerja sebagai penoreh getah dan melakukan kerja-kerja kampung. Program Jejak Asnaf ini bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang. Sebanyak 10 buah rumah telah dilawati dan akan dipertimbangkan bantuan zakat yang sewajarnya. Sumbangan berupa barangan dapur turut disampaikan oleh pegawai-pegawai MUIP.