PEKAN. 1 Jun 2018 bersamaan 16 Ramadan 1439H – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah menyempurnakan Majlis Pengurniaan Bantuan Ramadan Kepada Golongan Memerlukan sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di perkarangan Masjid Jamek Kota Perdana, Bebar.

Seramai 153 orang penduduk terpilih menerima kurniaan sumbangan wang tunai berserta hamper kuih-muih keseluruhannya berjumlah RM40,545.00. Penerima sumbangan di kalangan asnaf termasuk saudara baru dan mualaf (orang Asli) dari tiga buah kampung iaitu Kampung Runchang, Kampung Simpai dan Kampung Sawah Batu. 270 orang kanak-kanak yang hadir juga turut diceriakan dengan pengurniaan duit.