ROMPIN. 26 April 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Rompin telah mengadakan Program Jejak Asnaf bertempat di Kampung Tanjung Gemok dan Kampung Tanjung Pahang , Rompin. Program secara berkala ini telah diadakan bagi menjejaki golongan asnaf di kawasan berkenaan serta melihat bantuan yang boleh disalurkan untuk meringankan bebanan mereka. Sebanyak 20 keluarga telah diziarahi dalam program pada kali ini. Program kali ini turut mendapat kerjasama dari JKKK Kampung Tanjung Gemok dan Kampung Tanjung Pahang.