1. ROMPIN. 15 Mac 2018 – MUIP Cawangan Rompin telah mengagihkan bantuan Zakat Pendidikan sebanyak RM 49500 kepada pelajar-pelajar dari SMA Rompin. Sebanyak 495 orang pelajar telah menerima bantuan berkenaan yang telah disampaikan oleh para pegawai dari MUIP Cawangan Rompin.