CHENOR. 09 Mac 2018 – Majlis Ugama islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) cawangan Chenor telah mengadakan lawatan ilmiah anak-anak muallaf orang asli daerah Chenor pada 09hb hingga 11hb mac 2018 di Mercu Beach Resort, Kuantan serta di tempat -tempat menarik disekitar kuantan. Lawatan tersebut diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta untuk melihat suasana pesekitaran diluar kawasan kampung mereka. Pengisian lawatan tersebut diantaranya ialan kelas bimbingan fardhu ain, amali solat, sukan rakyat serta melawati Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1, zoo teruntum dan pasaraya mega mall. Lawatan tersebut diurustiakan oleh MUIP cawangan Chenor, PAID Chenor dan penggerak masyarakat orang asli (JAKIM). Lawatan tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya seperti mana yang telah dirancangkan.