MARAN. 01 Mac 2018 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Maran dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Maran, Jabatan Kemajuan Orang Asli Daerah Maran (JKOA), Penggerak Masyarakat Orang Asli JAKIM Daerah Maran, Guru Briged Dakwah Daerah Maran telah melaksanakan Program Ziarah Kasih & Ramah Mesra Bersama Penduduk Perkampungan Orang Asli Sungai Jempol, Maran.Program bermula dengan gotong-royong memasak bersama penduduk kampung orang asli Sungai Jempol bertujuan memupuk hubungan mesra dan secara langsung menerapkan pendekatan dakwah secara lebih santai.Selain daripada itu juga diadakan perlawanan liga bola sepak sembilan sebelah bagi mendekati golongan belia di perkampungan tersebut.Program telah dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.