CHENOR. 21 Februari 2018 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) cawangan Chenor, telah mengadakan taklimat amil zakat fitrah daerah Chenor, taklimat diadakan bertujuan untuk memberi penjelasan serta menerangkan berkaitan bantuan-bantuan yang terdapat di Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) khususnya bantuan hari raya kepada golongan fakir dan miskin. Taklimat tersebut berjalan dengan baik dengan kehadiran yang amat baik daripada amil-amil zakat fitrah daerah Chenor.