PEKAN. 17 Januari 2018 – Timbalan Yang Dipertua (TYDP) Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah mensyahadahkan seorang saudara baharu di Ibu Pejabat MUIP Pekan pada hari ini.TYDP turut menyerahkan saguhati pemelukan agama Islam, Kad Pemelukan agama Islam serta kelengkapan ibadah sebagai pemulaan saudara baharu berkenaan yang baru memeluk agama Islam. Semoga Allah S.W.T mengekalkan beliau dalam agama ini sehingga ke akhir hayat.